Saturday 12 September 2009

KHAS UTK CT112 PART 5

 Assalamualaikum….
Hye, kwn2 semua….terutamanya dak ct112 semester 5 (jul-nov/09)…
Aku nak ckp ckit pasal persahabatan kita…
Mm,sedar xsedar…dah 2 tahun lebih kita kenal ken….tp hubungan kita tak mcm 2 tahun kenal…kenapa kita semakin RENGGANG?setiap kali aku pandang muka korg, aku rase aku makin xkenal sape korg sesama sendiri…ade yg ke kiri…ade yang ke kanan…ade jugak yg ke belakang….ssh btl nk carik yg ke depan…termasuklah aku…kita semua same je..aku,korg….kita SEMUA…xde ape beza pown…tp langkah kita berlainan dan semakin tak tentu hala…kerap kali terbabas…walaupun lalu jalan yg lurus…kdg2 aku rase aku hidup dgn dunia aku yang lgsg xkenal sape2 wlupun sering kali menyapa dan memperkenalkan diri..tetap ulang yg sama setiap kali kita jumpa…adanya seperti lgsg tak masuk dalam ingatan sape kita antara KITA…tp aku heran sbb aku msh blh berjalan,bernafas dan melihat korg dgn senyuman tanpa korg sedar pandangan aku… WALAUPUN hakikatnya korg sebahagian drpd nadi hidup aku yg semakin hilang denyutannya…….boleh korg hidupkan kembali denyutan tu dalam nadi KITA?aku tau..sgt sukar kerana itulah HAKIKAT perjalanan di dermaga darah sahabat…………
DERMAGA DARAH SAHABAT
Dermaga sahabat yang penuh dengan darah;
Derasan titisnya menyembah pandangan
Seterik mentari menyilau mataku
Yang memandang lambaian insan
Yang penuh dengan kesakitan
menahan hempasan dendam!
Aku yang baru sahaja berlabuh dengan tenang,
Dengan langkah yang damai
Degupan jantung yang sekata
Kurniaan minda yang indah
Tiba-tiba diduga dengan;
Suasana yang sesak dengan derita
Derita yang penuh keghairahan
Keghairahan yang semakin lesu
Lesu yang telah tercampak
Jauh dari ketabahan hati yang azali.
Jangan menangis wahai sahabat..
Aku tidak merasainya
Tetapi aku tahu hatimu…
Kau terseksa dan kau lemas
dengan seksaan itu.
Niat hati ini ingin memberi impati
Namun,
Hanya simpati yang sudi membantu.
Ingin ku hulur tangan kasih sayang
Tetapi,
Aku hairan mengapa angin berbisik
menahan hasratku?
Aku merenung sebuah kehidupan
Oh!baru langit fikiranku sedar..
Kesengsaraanmu menerima seksaan itu
Adalah milikmu yang perlu kau sedar sendiri
apa rawatannya…
Kerana aku di sini,
Hanya pandangan yang bersimpati
dan segalanya terserah kepadamu
melawan seksaan yang kau cipta itu.
Sahabat,
Izinkan ku pergi dari dermaga ini..
Kerana aku tak mampu
untuk terus berdiri dengan kaki harapanmu.

1 comment:

Unknown said...

Hurm....

then you are worried bout it ker?