Thursday 19 November 2009

DEKAT YANG SEMAKIN JAUH

Jauh..hatiku meronta
Biar semakin jauh
Hanya kerana tak sanggup
Bila dekat tapi semakin jauh….
Bukan menolak setiap hakikat
Tapi hakikat itu terlalu perit..
Biarlah jauh…aku tak tahu
Biarlah jauh…aku tak nampak
Biarlah jauh…aku tak ingat
Daripada dekat…aku yang memendam
Daripada dekat…aku yang sakit
Daripada dekat…aku yang hipokrit
Dia sedar tak?
Aku bertanya soalan tersebut kepada diriku
Aku termenung…memikirkan jawapan
Dan aku tersedar bahawa jawapan tersebut
Seharusnya bukan daripada aku
Tapi…dia!
Dan aku bertanya lagi kepada aku
Haruskah terus mengalah dengan situasi?
Di kata berhadapan…
Mengubah wajah tanpa perasaan...
Mencari sesuatu untuk dipandang…
Salah satu deria dibiarkan tak berfungsi…
Nah!soalan yang penuh emosi…
Tapi aku boleh menjawabnya..
Dan jawapan aku…
Biar aku terasa, jangan mereka merasa..
Aku bertanya lagi…
Mengapa aku selalu mengalah?
Sampai bila terus memendam?
Ke mana harus aku lari dari semua ini?
Apa maksud mereka sebenarnya?
Kenapa aku tak bersuara?
Bagaimana cara melepasi mereka?
5W 1H memerangkap aku..
Aku tak menjawab..
Aku hanya berkata..
“SELAGI AKU TERMAMPU, BIARLAH..”


Monday 16 November 2009

rindu ku kepada kawan-kawan...

aku xtau kenapa hati aku sebak...
sebak bila teringat segala keindahan dulu...
pelbagai kepahitan semalam...
walau ingatan ku semakin hari semakin haus...
namun kawan-kawan yang hadir tak pernah aku lupakan...
tetap ada dlm hati walau hati ini semakin hilang...
akan terus bernadi dalam nyawa yang berdenyut...
walau entah bila masanya berakhir…
kawan…aku rindu sangat…
rindu untuk melihat kamu…
rindu mendengar suaramu…
rindu mencipta kemesraan dengan mu…
rindu segala-galanya…
ini bukan sekadar karya untuk menambah ruangan blog ini…
ini bukan hantaran kosong…
ini ikhlas dari hati yang ikhlas merindui kawan-kawan yang jauh…