Thursday 19 November 2009

DEKAT YANG SEMAKIN JAUH

Jauh..hatiku meronta
Biar semakin jauh
Hanya kerana tak sanggup
Bila dekat tapi semakin jauh….
Bukan menolak setiap hakikat
Tapi hakikat itu terlalu perit..
Biarlah jauh…aku tak tahu
Biarlah jauh…aku tak nampak
Biarlah jauh…aku tak ingat
Daripada dekat…aku yang memendam
Daripada dekat…aku yang sakit
Daripada dekat…aku yang hipokrit
Dia sedar tak?
Aku bertanya soalan tersebut kepada diriku
Aku termenung…memikirkan jawapan
Dan aku tersedar bahawa jawapan tersebut
Seharusnya bukan daripada aku
Tapi…dia!
Dan aku bertanya lagi kepada aku
Haruskah terus mengalah dengan situasi?
Di kata berhadapan…
Mengubah wajah tanpa perasaan...
Mencari sesuatu untuk dipandang…
Salah satu deria dibiarkan tak berfungsi…
Nah!soalan yang penuh emosi…
Tapi aku boleh menjawabnya..
Dan jawapan aku…
Biar aku terasa, jangan mereka merasa..
Aku bertanya lagi…
Mengapa aku selalu mengalah?
Sampai bila terus memendam?
Ke mana harus aku lari dari semua ini?
Apa maksud mereka sebenarnya?
Kenapa aku tak bersuara?
Bagaimana cara melepasi mereka?
5W 1H memerangkap aku..
Aku tak menjawab..
Aku hanya berkata..
“SELAGI AKU TERMAMPU, BIARLAH..”


3 comments:

sakithijau said...

ye!!! lumrah hidup...jaoh yg merapatkan..jaoh yg mengakrabkan dan jaoh yg mengajar keindahan..tapi dekat yg menjauhkan..hanya dekat pada YANG SATU itu yg tidak pernah menyakitkan.

journey said...

ye...sgt btl sakithijau...aku ade lg 1 kekompiusan....bile sakithijau ko nk pulih??tukar sakitbiru pulak ke....

Unknown said...

Bile dier kena sembelih nnti...