Wednesday 2 December 2009

Ahmad Dhani Perlekeh Malaysia, Dakwa Indonesia Negara Kaya Raya

December 3, 2009 by RotiKaya Staff   Terbakar juga semangat 1Malaysia kami dengan kenyataan terbaru dari mulut Ahmad Dhani.
Ramai yang sedia maklum yang Dewa 19 baru-baru ini mengadakan konsert percuma bersama Inul Daratista khas untuk warga Indonesia.
Apabila di’tanya wartawan Malaysia tentang kesudian Dewa 19 mengadakan konsert percuma, ini jawab Ahmad Dhani;
“Saya sudah kaya raya sekarang ini. Kalau bikin konsert percuma pun tidak mengapa.”
Namun, Ahmad Dhani semacam lupa yang orang awam tahu konsert ini di’anjurkan oleh sebuah bank berpengkalan di Indonesia — dan membayar mereka RM100,000.
Tidak cukup dengan kenyataan angkuh begitu, ‘pakar ekonomi’ baru ini juga ada menyebut;
“Sebagai sebuah kumpulan yang kaya raya dan juga berasal dari negara yang kaya raya, kami bangga kerana dapat mengadakan konsert yang percuma seperti ini. Kalau di Indonesia, ia perkara biasa bagi kami”
Seingat aku yang naif berkaitan ekonomi ini, Indonesia antara negara terjejas teruk akibat kemelestan ekonomi tahun 1998 & sehingga hari ini masih berhutang besar dengan Bank Dunia & IMF.
Aku rasa tidak lama populariti Ahmad Dhani mampu bertahan di’kalangan rakyat Malaysia. Keluar kenyataan tanpa pengaruh fikiran waras.

No comments: