Sunday 20 September 2009

mana kawan???

alangkah indahnye bila kita bersahabat ken??hidup kite takkan sunyi klu mereka always ade masa kita perlukan mereka...sejauh mana anda menilai sahabat anda??sejauh mana pula sahabat anda menghargai anda di sisi mereka??adakah mereka juga seperti anda??atau hanya anda yang menghargai mereka sedangkan mereka tidak??pernah terasa seperti tidak diperlukan??pernahkah anda rasa diperbodohkan oleh KAWAN BAIK sendiri??atau anda sendiri tidak dapat menerima kawan yang merapati anda sedangkan anda tahu dia mempunyai niat yang ikhlas utk berkawan dengan anda??adakah kawan yang anda harapkan muncul disaat anda perlukan mereka tetapi sebaliknya yang terjadi????????????luahkan.......luahkan kepada diri anda sendiri dan anda tahu jawapannya kenapa semua tu terjadi...mgkn silap kita sendiri...mgkn jugak kita tak pernah dianggap sbg seorg kawan@sahabat...atau kita hanya tempat mereka berkongsi mslh sahaja...pelbagai kemungkinan yg mungkin.....lihat diri anda,lihat diri mereka....layakkah dan perlukah kita menjadi seorang kawan?

Friday 18 September 2009

himpunan pantun raye ciptaanku yg ntah pape...


takbir bergema baru nak bangun
   Rendang ketupat hangus kat dapur
   Hari raya ni cik Dara anggun
   Maaf atas salah silap yg berterabur

buat ketupat sampai tertidur
   Nak bakar lemang tak amik buluh
   Makan tu jangan sampai tersembur
   Ingat-ingat ckit orang jauh

bunyi mercun atas atap
   Rumah terbakar esok nak raya
   Ada tak aku wat salah silap?
   Mesti ade ken..so maaf ye

tangkap ayam lepas berbuka
   Dah dapat tangkap, pisau lak hilang
   Aku tau aku banyak dosa
   Maafkan apa yang kurang

kuih raya tak sempat buat
   Nak beli duit takde
   Ingatan ni tersangatlah kuat
   Adanya dosa yang lama..

budak datang nak wit raye
Bagi banyak, datang lagi sekali
Harap raye ni lebih bermakne
Kesilapan lalu pinta dimaafi

time raye sekolah tak bukak
Pak guard nangis xpat balik
Masukkan pesanan aku ni kat otak
Raye ni jangan sedih-sedih..tak baik

garam tertumpah dalam rendang
Mak marah, bakar baju raye
Muge gembira dengan yang tersayang
Doaku untuk mu disana

lepas bersukan terus minum air
Kalau tak pose pun agak-agak le
Maaf pada batinmu jika sampai ke zahir
Kawan mu ini ucapkan slamat beraye..


jalan keliling kampung cari wit raye
   Tak nak balik selagi tak dapat
   Maaf atas salah silap yang ade
   Harap persahabatan ni masih ade tempat

sembahyang raye sambil tidur
   Bunyi mercun tutup mata
   Klu de silap silalah tegur
   insyaAllah akan terima seikhlasnya

balik Johor jalan kaki
   Raye ke empat baru sampai
   Walaupun jauh tetap diingati
   Sambutlah dengan hati yang damai.

   pagi raye lupe nak makan
   Ingatkan masih bulan puasa
   Salah & silap aku dah maafkan
   Bila kita nak beraye sama?

tokey getah jual mercun,
   Kedai terbakar asap berkepul,
   Pagi raye jangan nak mengelamun,
   Tak pepasal mate tersembul.

makan baulu sampai tercekik,
   Air panas diteguk terus,
   Jaga dirimu baik-baik,  
   Maafkan silapku dengan tulus.
  
   den dah koba ekau xdongar,
   habeh tolingkop kuah kacang den,
   ghayo ni bawak-bawakla sabar,
   kang xpasa2 makan nasik ngan kicap masin.

baju koyak dipagi raye,
   Nak beli lagi kedai tak bukak,
   Maafkan kesilapanku seikhlasnya,
   Yang lepas dibuang,dikenang tidak.

makan dodol tak telan-telan,
   Habis tercabut gigi emas,
   Marilah kita bermaaf-maafan,
   Andainya luka masih berbekas.


berkereta baru dipagi raye,
   Hujan lebat, naik banjir,
   Sementara waktu masih ade,
   Maafkan salah silap yang pernah hadir.

   lagu raye jadi siulan,
   Jiran tetangga nyanyi bersama,
   Ade silap yang tak perasan,
   Harap tak disimpan lama-lama.


  


Saturday 12 September 2009

utk KAPAL TERBANG...

OH! KAPAL TERBANG…..
Bila aku terfikir….
Kalaulah kapal terbang jatuh didepanku…
Apa aku nak buat?
Bila ada orang tersangkut dalam kapal terbang tu….
Apa aku nak buat?
Bila orang tu minta tolong…
Apa aku nak buat?
Bila orang tu semakin parah…
Apa aku nak buat?
Bila sampai bila-bila aku tak dapat tolong…..
Sebab aku hanya didepan kapal terbang
disebalik skrin tv….
Oh! kapal terbang…. 

utk SUME KAWAN dan BUKAN KAWAN...sng citer,UTK SEMUALAH...

Hye kawan2….
Aku kat sini nak ucapkan
SALAM LEBARAN
Buat semua yang mengenali aku sebagai seorang kawan atau ape2 jerk….
Walaupun kamu menganggap aku seorang musuh…..
Salam itu tetap aku tujukan untuk kamu…
Sementara aku punya waktu yang sgt singkat ni….
Izinkan aku memohon maaf atas salah silap yang terlalu menggunung
Sepanjang kita mengenali antara satu sama lain….
Aku tau banyak salah yang aku dah buat….
Sejujurnya aku sgt2 menyayangi korang..
Tak kisahlah rapat atau tidak….
Selagi korg bergelar kawan aku….aku akan kenang persahabatan kita seikhlasnya..
Sematkan sayang ni selagi kamu masih melangkah dibumi Tuhan…..
Seadanya aku disini…..sentiasa ada walaupun jauh,
Setiadanya aku disini…..sentiasa tiada untuk menyapa..
Namun, hanya Kerana Indah Tetap Ada KITA…
Aku tetap menemani kamu…….
Kerana Indah Tetap Ada...K.I.T.A
Bermula kisah kita disini
Dan berakhir disini takkan lupa
Indahnya kenangan kau ciptakan
Mesranya mendamba kasih insan
Janganlah lupa kisah kita sejak mula
Biar ia menjadi teman sepimu
Kerana indah tetap ada
Biar sayup jauh terpisah
Kerana indah itu tetap milik kita
Kerana indah tetap ada
Biar hilang ingatan dan nyawa
Akan tetap terus bernafas
Dalam kenangan….kita

lirik CT112!!!

MEMPERKENALKAN……….DIA CT112!
Dia…oh tingginya…itu ady
Dia…asyik tunduk saja…hey!pia..
Dia…sungguh gebu…chef aza!
Dia…pastinya lebih tua…abang leo
Dia…seriusnya…hye,lisa
Dia…mat stylo…wassup,fzy!?
Dia…tenang saja…detektif ejart
Dia…pakwe pia…tentulah faiz
Dia…komandan pbsm…tabik,pipah!!
Dia…marka mat penang…umi Nad!
Dia…suka katak…cik yon bunga!
Dia…suka speaking…oh!liza
Dia…bukan shasha…tp kechik!
Dia…sabahan celup…sorry fza
Dia…bakal DJ…pastinya lynn
Dia…budak sukan…dla the great!
Dia…awek mat alip..go dila!
Dia…suka loyar buruk…amboi arina
Dia…sungguh manja…mek zura!
Dia…susah nak nampak…mana bal?
Dia…si business woman…haloo,tya
Dia…bukan fara fauzana…tapi nana ke..dah!
Dia…(dikecualikan –yes!dats me-)
Dia…nyanyi pun sodap…vote 4 yana!
Dia…sangat loghat penang…noni oii!!
Dia…tokey salun…hah!itu lia
Dia…bakal primadona…miera award!
Dia…suke shuffle…hahai,atiq..
Dia…kembar raja farah…yeke fana?
Dia…suka buat riuh…kak biah!!
Dia…partner chef aza…chef yan comel!
Dia…macam budak kecik…‘segala-galanya’,tiqah!
Dia…halusnya suara…louder farahin!opss..
Dia…pengganti stacy…thanks,sara
Dia…budak pilah…fiffy print!!
DIA semua…..dari CT112_0707 selamanya……….

KHAS UTK CT112 PART 5

 Assalamualaikum….
Hye, kwn2 semua….terutamanya dak ct112 semester 5 (jul-nov/09)…
Aku nak ckp ckit pasal persahabatan kita…
Mm,sedar xsedar…dah 2 tahun lebih kita kenal ken….tp hubungan kita tak mcm 2 tahun kenal…kenapa kita semakin RENGGANG?setiap kali aku pandang muka korg, aku rase aku makin xkenal sape korg sesama sendiri…ade yg ke kiri…ade yang ke kanan…ade jugak yg ke belakang….ssh btl nk carik yg ke depan…termasuklah aku…kita semua same je..aku,korg….kita SEMUA…xde ape beza pown…tp langkah kita berlainan dan semakin tak tentu hala…kerap kali terbabas…walaupun lalu jalan yg lurus…kdg2 aku rase aku hidup dgn dunia aku yang lgsg xkenal sape2 wlupun sering kali menyapa dan memperkenalkan diri..tetap ulang yg sama setiap kali kita jumpa…adanya seperti lgsg tak masuk dalam ingatan sape kita antara KITA…tp aku heran sbb aku msh blh berjalan,bernafas dan melihat korg dgn senyuman tanpa korg sedar pandangan aku… WALAUPUN hakikatnya korg sebahagian drpd nadi hidup aku yg semakin hilang denyutannya…….boleh korg hidupkan kembali denyutan tu dalam nadi KITA?aku tau..sgt sukar kerana itulah HAKIKAT perjalanan di dermaga darah sahabat…………
DERMAGA DARAH SAHABAT
Dermaga sahabat yang penuh dengan darah;
Derasan titisnya menyembah pandangan
Seterik mentari menyilau mataku
Yang memandang lambaian insan
Yang penuh dengan kesakitan
menahan hempasan dendam!
Aku yang baru sahaja berlabuh dengan tenang,
Dengan langkah yang damai
Degupan jantung yang sekata
Kurniaan minda yang indah
Tiba-tiba diduga dengan;
Suasana yang sesak dengan derita
Derita yang penuh keghairahan
Keghairahan yang semakin lesu
Lesu yang telah tercampak
Jauh dari ketabahan hati yang azali.
Jangan menangis wahai sahabat..
Aku tidak merasainya
Tetapi aku tahu hatimu…
Kau terseksa dan kau lemas
dengan seksaan itu.
Niat hati ini ingin memberi impati
Namun,
Hanya simpati yang sudi membantu.
Ingin ku hulur tangan kasih sayang
Tetapi,
Aku hairan mengapa angin berbisik
menahan hasratku?
Aku merenung sebuah kehidupan
Oh!baru langit fikiranku sedar..
Kesengsaraanmu menerima seksaan itu
Adalah milikmu yang perlu kau sedar sendiri
apa rawatannya…
Kerana aku di sini,
Hanya pandangan yang bersimpati
dan segalanya terserah kepadamu
melawan seksaan yang kau cipta itu.
Sahabat,
Izinkan ku pergi dari dermaga ini..
Kerana aku tak mampu
untuk terus berdiri dengan kaki harapanmu.

Wednesday 2 September 2009

BENGANG!!!

esok masih ada assignment kena anta
aku bingung...bengang...
hingga terasa mahu nyanyi lagu Akim...
argghhhhhhh!!!!!
aku lupe lirik lagu tu....
BENGANG!!BENGANG!!
sungguh bengang bila assignment tak siap2.
semalam rasa macam dah nak siap
tp kenapa!!!kenapa!!!.....??????
TAK SIAP2 LAGI??
kenapa Akim menambahkan bengang aku
dengan lagu bengangnya?
kenapa harus ada lagu tu?
kenapa lirik lagu tu ada satu je perkataan bengang?
kenapa mesti ada assignment?
kenapa takde assignment bengang?
kenapa aku tak buat assignment?
kenapa mesti ada perkataan KENAPA???
penat aku tertanya-tanya..
sbb takde sape pun yang nak jawab!!!!!
arrggghhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
BENGANG!!!BENGANG!!!